hottest!!

Biodata Saya




NAMA : NUR SYAHIRAH BT ZAMAURI
NO MATRIK : A130608
PROGRAM :   IJAZAH SARJANAMUDA KERURAWATAN
SEMESTER :  6
TUTORIAL :    HARI KHAMIS
                        MASA 16.00-18.00
                        TEMPAT MAKMAL KOMPUTER TETRABYTE
FACEBOOK : SyahirahZamauri
NO TELEPHONE : 0194186171
ALAMAT RUMAH : KG CHABANG BUNGOR, 33800 MANONG, PERAK.
                        

ISU : Penggunaan Teknologi Dan Inovasi Dalam Pendidikan Pelajar Istimewa

ISU : Penggunaan Teknologi Dan Inovasi Dalam Pendidikan Pelajar Istimewa

Perkembangan  global dengan teknologi  telekomunikasi dan internet menuntut banyak cabaran kepada pendidik  untuk mencapai Misi Nasional. Para guru mesti bersikap proaktif dan terangsang dengan perkembangan teknologi yang semakin canggih ini. lLmu ICT mesti terlebih dahulu dapat dikuasai oleh para pendidik sebagai golongan yang akan menyebar-luaskan kepada para pelajar. Guru juga perlu melengkapkan diri dengan kemahiran terkini bagi menyempurnakan penubuhan sekolah bestari yang berteraskan penggunaan komputer sebagai satu bentuk kurikulum wawasan negara Malaysia untuk menjadikan negara maju menjelang 2020. Namun kita kadang terlupa kepada pelajar istimewa. Penggunaan teknologi kepada pelajar istimewa dapat membantu proses pembelajaran mereka. Tambahan pula, sumbangan internet dan perkhidmatan online banyak menyalurkan maklumat yang diperlukan keluarga seperti interaksi dengan kaunselor kerani ini penting dalam memahami kehendak istimewa anak-anak mereka.


Teknologi dan inovasi memainkan peranan penting dalam pendidikan kanak-kanak. Di antaranya  menyediakan peluang dan pengalaman yang khusus supaya mereka mampu memperkembangkanbakat mereka, menyediakan masa, ruang, galakan dan konsep kendiri mengenai diri mereka, dan menyediakan medium interaksi golongan istimewa dengan kawan-kawan mereka yang pelbagai kebolehan dan keupayaan termasuk pelajar pintar.


 Meningkatkan kenal-diri. Penggunaan teknologi berkeupayaan meningkatkan keyakinan pelajar kurang upaya. Dengan pengenalan dan wujudnya pembelajaran berorentasikan komputer untuk pelajar istimewa. Dengan itu juga membuktikan bahawa penggunaan komputer dapat meningkatkan perasaan keupayaan diri. Seperti contoh untuk meningkatkan cara komunikasi mereka dengan orang lain. Mungkin dari kecil kita akan mendedahkan kepada mereka penggunaan teknologi dapat meningkatkan keupayaan motor kasar mereka dan motor halus mereka. Penggunaan teknologi dapat membantu mereka bagi mereka yang mengalami lambat dalam tumbesaran. 


Meningkatkan peluang bagi penggunaan komunikasi dan kemahiran interaksi. Melalui penggunaan audio dengan visual dapat membantu dalam mereka yang mempunyai permasalahan dalam komunikasi dengan pendengaran. Mungkin mereka boleh menggunakan alat permainan, cekara padat dan video untuk melatih mendengar dan berkomunikasi. Bagi kanak-kanak untuk perkembangan dan tumbesaran mereka lebih kepada bermain dengan permainan yang membawa kepada mereka keseronokan. Semua kanak-kanak lebih suka animasi dan kartun. Oleh itu rancangan pembelajaran didalam televisyen lebih mengaplikasikan animasi dalam proses pembelajaran. . Warna warni penggunaan teknologi membantu mereka memkembangkan minda dan pendidikan. Aktiviti seperti menyanyi, bermain, pembelajran menggunakan computer mampu membantu dalam perkembangan minda kanak-kanak.


Teknologi untuk pelajar yang mempunyai masalah dalam penggunaan bahasa. Mungkin mereka boleh mencari kawan diluar Negara. Dan mereka boleh berkongsi masalah dengan mereka dan bertukar-tukar pandangan. Mereka juga tidak merasa tersisih dan mereka tidak merasakan mereka yang mempunyai kurang upaya. Melalui teknologi mereka dapat mengaplikasi penggunaan bahasa secara betul dan bervariasi. Mereka dapat mengeja perkataan dengan betul, perlahan dan berulang kali tanpa perlu menyusahkan orang lain. Bagi guru yang hendak mengajar pelajar istimewa mereka perlu kesabaran dan mengulang pembelajaran yang sama setiap hari. Dengan penggunaan teknologi pelajar ini berupaya untuk mempelajari sesuatu perkataan dengan sendiri. tambahan pula teknologi menarik minat mereka dalam pelajaran.


Realiti maya menjanjikan kebebasan untuk pelajar (cacat keupayaan). Melalui teknologi mereka dapat mencapai ilmu pengetahuan setanding dengan orang lain. Seperti contoh dapat mempelajari benda-benda asas dalam pembelajaran. Kebaikan penggunaan media juga dalam teknologi pendidikan bagi pelajar istimewa dapat mengatasi ruang, waktu dan pancaindera  kerana bagi orang kurang upaya mereka mungkin  susah untuk capai pergi tempat belajar dengan adanya teknologi mereka dapat mengikuti kelas dengan pelajar lain yang biasa melalui skype atau teleconferences yang lain dengan guru tersebut. Selain itu juga dapat mengetahui perkembagan semasa seperti berita terkini. Melalui kemudahan yang disediakan pelajar istimewa akan dapat ilmu yang setaraf dengan orang lain.  


Telekomunikasi (aplikasi) untuk pelajar-pelajar istimewa. Contohnya orang pekak. Dapat belajar cara komunikasi melalui cakera padat, vcd dan lain-lain sumber dimana mereka boleh mengikuti cara telekomunikasi yang diajarkan. Sebagai contoh untuk belajar komunikasi bagi orang pekak dan bisu.  Teknologi juga membantu orang biasa juga boleh mempelajari melalui teknologi untuk komunikasi dengan orang kurang upaya. Melalui teknologi dapat memperjelaskan mesej yang hendak disampaikan. Selain itu, penggunaan  teknologi dalam pendidkan khas untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran itu lebih menarik kerana pelajar istimewa akan cepat merasa bosan dan distractive.


Sebenarnya golongan pelajar istimewa terdiri daripada mereka yang mengalami kecacatan fizikal yang memerlukan penggunaan perisian teknologi yang sememangnya mendatangkan pelbagai faedah kepada mereka.

10 video teknologi dan innovasi


FitDesk X- Exercise using  Your Ladtop


Geiger Camera - Use your iPhone as a Geiger Counter



Home test for detection of urinary tract infection



How to Monitor Your heart Rate with iPhone Apps





Mandometer- A device that teaches you how to eat




Review of the Summer Day and night Time Baby Monitor 




RIBA




Smart Phone App_Air Xray_




Using Angelsound Fetal Droppler baby heart beat monitor





ZOMM- Alarmingly SMART

GAMBAR INOVASI DAN TEKNOLOGI

GAMBAR INOVASI DAN TEKNOLOGI


Withings BPM (blood pressure monitoring)
Nama teknologi ini Withings BPM (blood pressure monitoring). Teknologi ini mengambil tekanan darah menggunakan iphone/ipad dengan memuat turun applikasi iOS ke dalam handphone anda. Cara menggunakan teknologi ini pasangkan cuff tekanan darah, sentuh skrin iphone and tahu ia akan memberi bacaan tekanan darah kita. Peralatan ini akan memberi bacaan diastolic dengan systolic darah kita. Bacaan normal bagi tekanan darah adalah (120-80 mmHg). Harga alatan ini agak mahal tetapi sangat berpatutan. Melalui alatan ini kita boleh memeriksa tekanan darah dimana sahaja tanpa perlu pergi ke klinik ataupun hospital Tujuan saya memilih gambar ini kerana penyakit darah tinggi adalah di antara penyakit yang tertinggi di Malaysia. Darah tinggi boleh menyababkan seseorang mendapat penyakit lumpuh (stroke).



Japanese Invent Mirror Thermometer
Nama teknologi ini Japanese invent Mirror Thermometer. Di luar negara semasa musim sejuk datang selalunya manusia mudah untuk dapat penyakit seperti demam, batuk, selsema, sakit tekak dan lain-lain lagi. Oleh itu, saintis di japan telah mencetus idea untuk mencipta satu alat elektronik yang dipanggil “non-contact thermometer” yang diberi nama Thermo Mirror. Selalunya untuk mengambil thermometer kita mesti guna alatan yang mesti disentuh ke atas pesakit seperti mengambil suhu melalui “oral, rectal, axillary and tympanic ear”. Melalui alatan ini kita tidak perlu menyentuh pesakit untuk mendapatkan bacaan suhu badan. Dengan cara melihat pada cermin dan bacaan suhu badan akan terpancar diatas cermin itu. Thermo Mirror seperti cermin make up yang lain. Tetapi cermin ini mempunyai pengesan untuk mengesan suhu manusia melalui sensor infra-red. Alarm akan berbunyi jika cermin ini mengesan suhu yang tinggi. Melalui ini manusia senang untuk menyukat suhu badan mereka. Jika manusia mempunyai suhu yang tinggi boleh segera mengambil tindakan dengan berjumpa doctor. Alatan ini telah digunakan di lapangan terbang untuk mengelakkan penyakit communicable . Thermo mirror boleh diaplikasikan di sekolah, hospital dan di tempat-tempat awam.





The Body Check Ball
Pada zaman sekarang terlalu ramai manusia mempunyai berat badan yang berlebihan tidak mengira usia muda ataupun tua. Ini adalah disebabkan mereka malas hendak menimbang berat. Kebanyakan penimbang berat dipusat membeli-belah adalah yang berbayar ini juga adalah satu penyebab kenapa mereka malas menimbang berat badan. Melalui alatan ini manusia dapat menimbang dengan lebih mudah dan cepat. Nama alatan ini “The Body Check Ball”. Melalui Alatan ini kita dapat menimbang berat dimana sahaja, bila-bila masa dan boleh memberi bacaan berat yang lebih tepat. Di samping itu juga, alatan ini mempunyai sensor untuk membaca lemak badan, berat tulang, muscle peratus, dan boleh member bacaan diskrin bola itu. Terdapat beberapa ciri “The Body Check Ball” : bacaan elektrod lemak badan, berat tulang, nisbah muscle, boleh menyimpan data lebih daripada 10, mempunyai  fungsi jam dan alarm, size: 74x80x78mm, berat 120g, menggunakan bateri 4 AAA bateri, dan LCD skrin. Melalui berat badan kita akan mengetahui general tentang kesihatan diri kita. Berat badan berlebihan salah satu factor penyakit kronik yang tertinggi di Malaysia.







Anti-stress Pen Reduces Nervousness.
Stress adalah menrupakan faktor utama kebanyakan penyakit yang utama di malaysia seperti penyakit jantung, kencing manis dan lai-lain lagi. Oleh itu seorang penyelidik telah mencipta satu alatan iaitu pen as anti stress/ stress reliver untuk mereka yang mudah dapat stress. Nama alatan ini Anti-stress Pen Reduces Nervousness. Alat ini dicipta oleh  Miguel Bruns Alonsofrom the Delft University of Technology dekat Netherlands. Dia menciptakan pen yang boleh mengesan stress dan boleh mengurangkan stress tersebut. Alatan ini mempunyai pengesan  pergerakan  saraf stress yang tinggi melalui electromagnet. Electromagnet tersebut mengalakkan pengguna untuk memperlahankan pergerakan. Idea ini tercetus apabila kita sering melihat apabila manusia stress mereka akan bermain dengan pen. Kesan electromagnet magnet akan hilang apabila seseorang itu berhenti bermain pen. Melalui alatan ini juga ianya dapat menurunkan sebanyak 5% nadi seseorang. Apabila kita stress selalunya nadi kita akan tinggi. Ia dikenali sebagai jangka mangsa pendek menghilangkan stress. Ini juga boleh diaplikasikan kepada pesakit apabila mereka mempunyai tahap stress yang tinggi. 


Webcam digunakan untuk monitor nadi
Di era zaman sekarang terdapat banyak cara monitor vital signs seperti tekanan darah, nadi, dan lain-lain. Seorang pelajar Ming-Zher Poh, fakulti electrical and medical engineering, dari Harvard-MIT Division of Health Sciences telah mengeluarkan satu idea untuk monitor heart rate menggunakan webcam. Ia digunakan kita melihat ke webcam tanpa menyentuh alatan tersebut. Alatan ini memudahkan untuk kita monitor nadi kita sendiri. cara untuk mendapatkan bacaan nadi muka seseorang perlu berhadapan dengan webcam atau pandang cermin yang membolehkan pantulan kepada webcam tersebut. Untuk mengetahui bacaan nadi tersebut satu software telah digunakan untuk mengesan kedudukan muka dan analisis perubahan keterangan warna salur darah dimuka seseorang tersebut. Untuk mengelakkan kesilapan bacaan disebabkan oleh pergerakan muka dan perubahan cahaya, satu system yang dipanggil Independent Component Analysis telah digunakan untuk mengelakkan nadi salah dianslis dengan gangguan bunyi benda yang lain. Semasa experiment pelajar ini menggunakan cermin daripada pantulan webcam supaya seseorang boleh berdiri depan cermin dengan kedudukan yang stabil dan tanpa pergerakan. Hasil daripada kajian ini dibandingkan dengan alatan monitor nadi yang selalu digunakan dan hasil keputusan adalah lebih kuranag sama.


Snore Stopper Reduces Monitoring
Selalunya apabila seseorang tidur dengan dengkuran yang sangat kuat amat tidak selesa sesiapa yang tidur disebelah atau disekeliling orang tersebut. Dengkur adalah salah satu masalah penyakit. Satu alatan baru telah dicipta yang diberi nama Snore Stopper untuk mengurangkan dengkuran dan menikmati tidur malam yang aman. Alatan ini boleh diguna pakai oleh pesakit yang mempunyai dengkuran yang sangat kuat dan boleh menggangu pesakit lain. Alatan ini dipakai dipergelangan tangan. Apabila seseorang itu berdengkur dengan rangsangan daripada alatan ini seseorang tersebut menukar kedudukan baringan tidur untuk mengurangkan bunyi dengkuran tidurnya. Alatan ini memepunyai elektorde self-adhesive gel dimana ia diaktifkan apabila dengkuran tidak kurang daripada 3 kali dengan menghantar rangsangan elektrik di pergelangan tangan. Alatan ini sangat bagus mengesan sebarang perubahan dan memberitahu otak supaya bertindak mengubah kedudukan tidur. Baringan tidur mengiring akan mengurangkan bunyi dengkuran berbanding tidur secara melentang.


CervoCheck Device
Zaman sekarang kelahiran bayi pramatang selalu terjadi. Apabila bayi lahir tidak cukup bulan ia akan mendatangkan banyak komplikasi penyakit lain ke atas bayi. Oleh itu, untuk mengelakkan bayi pramatang dilahirkan satu alatan telah diciptakan. Nama alatan ini adalah CervoCheck Device. Alat ini boleh mengenal pasti tanda-tanda awal bayi pramatang untuk mengelakkan ianya berlaku. Bayi pramatang apabila bayi itu dilahirkan bawah daripada 37 minggu. Bayi pramatang memerlukan sepenuhnya pemerhatian daripada doctor. Kejadian lahir awal selalunya terjadi  apabila secara physiology bayi dalam kandungan tidak stabil oleh beberapa factor. Alatan ini mengandungi cervical ring yang diperbuat daripada medical grade biocompatible silicone elastomer dengan memasukkan satu alat mengesan sensor dikawasan vagina. Sensors ini mengenal pasti elektrikal kontraksi uterus. Melalui alatan ini kita boleh menanggarkan jika bayi mesti dilahirkan awal bulan ataupun tidak. Sehingga kini doctor masih menggunakan tochodynamometer, satu alatan mengesan kontaksi di bahagian luar. Tetapi alatan terlalu lambat untuk menggelakkan kelahiran pra-matang. Walaupun alatan ini diggunakan didalam tetapi ia sangat berguna berkesan untuk mengesan tanda-tanda awal kelahiran.


Fibit is your all in one tacker
Fibit adalah satu alatan yang boleh digunakan untuk mereka yang sangat prihatin terhadap aktiviti mereka seharian, berapa banyak kalori yang terbakar setiap hari dan lain-lain. Alatan ini boleh membantu kita mempunyai kesihatan yang cerdas lagi sihat. Fibit adalah satu alatan wireless dimana kita gantung alatan ini dibaju kita seharian untuk monitor sebanyak mana aktiviti yang dilakukan setiap hari dan alatan ini akan memberitahu sebenar-sebenar tentang tahap kesihatan dan kecedasan kita setiap hari. Alatan atau system ini mengira setiap hari calorie yang kita terbakar berdasarkan kepada pergerakan seperti berjalan, mengangkat barang dan lain-lain lagi. Fibits boleh juga digunakan untuk mengetahui masa, berapakali, dan terjaga dalam tidur. Alatan ini sangat padat, ukuran panjang sebanyak 1.5 inchi, dan berat tidak lebih daripada 1 ounce. Fungsi alatan ini bergantung kepada 3D pergerakan sensor teknologi yang mana teknologi ini selalu digunakan dalam permainan Nitendo Wii. Cara menggunakannya kita mengantungkan alatan ini dibaju atau dipergelangan tangan. Alatan ini mesti digantung 50 kaki atas. Data yang dihantar ke Website Fibits menggunakan wireless. Melalui website  kita boleh tengok data kita seharian berapa banyak kalori yang terbakar dan boleh dikongsi dengan kawan-kawan. Alatan ini penting kerana kebanyakan rakyat di Malaysia mengalami obesity yang teruk. Melalui alatan ini dapat monitor berat badan hasil daripada data berapa banyak kalori yang terbakar seharian.


Pin Hole Glasses
Nama teknologi ini pin hole glasses. Selalunya kita biasa tengok tetapi cermin mata ini sangat berguna. Lubang-lubang kecil boleh relaxkan mata secara semulajadi. Size cermin mata ini 15 x 5.5cm Keggunaan cermin mata ini untuk merelaxkan mata dan membolehkan mata lebih focus. Ini boleh diggunakan oleh pelajar, guru and doctor. Ini mebolehkan kita mengurangakn rabun mata. Ini diaplikasi melalui theory apabila mata diggunakan untuk melihat melihat lubang kecil, cermin mata ini dengan semulajadi akan menukar kepada keadaan relax. Ia akan menyebabkan eyeballs mata relax daripada focus terlalu lama. Kita akan berasa relax selepas memakainya.



Soladey Ionic Toothbrush
Berus gigi ionic telah lama berada dipasaran dan dihasilkan oleh orang jepun. Soladey ionic toothbrush adalah berus gigi yang baru. Ia tidak memerlukan ubat gigi ataupun bateri tetatpi member lebih kesan daripada berus gigi pada zaman ini. Nampak seperti tidak percaya tetapi berus gigi ini hanya mengguna cahaya dan air untuk memberus gigi kita macam biasa. Soladey mempunyai phosensitive titanium rod dan menggunakan tenaga cahaya untuk membuang plague yang melekat pada gigi. Cara menggunakan alatan ini, sebelum memberus gigi berus gigi tersebut hendaklah terdedah kepada cahaya matahari ataupun cahaya lampu dan direndam dalam air sebelum diggunakan untuk meberus gigi tersebut. Semasa memberus alatan membuang plague dan mengurangkan bacteria yang berada dalam gigi. Soladey digunakan untuk menghalang berlaku plague, menghalang gusi berdarah dan mengeluarkan stain dengan cepat dan berkesan. Setelah alatan ini diuji ternyata ia menunjukkan alatan ini lebih baik berbanding berus gigi traditional dalam membuanag plague. Alatan ini boleh digunakan semua tahap umur. Untuk kanak-kanak boleh mengelakkan daripada rosak gigi. Disamping itu, sesiapa yang selalu gusi berdarah menunjukkan mereka berasa lebih baik gusi mereka selepas 10- 15 hari menggunakan Soladey ini. Harga berus gigi ini tidak mahal kerana berus gigi ini tidak menggunakan bateri dan tidak memerlukan ubat gigi untuk diberus. Sebagai ahli kesihatan kita boleh menggunakan berus gigi ini dalam memberi pendidikan kesihatan kepada orang ramai.