hottest!!

ISU : Penggunaan Teknologi Dan Inovasi Dalam Pendidikan Pelajar Istimewa

ISU : Penggunaan Teknologi Dan Inovasi Dalam Pendidikan Pelajar Istimewa

Perkembangan  global dengan teknologi  telekomunikasi dan internet menuntut banyak cabaran kepada pendidik  untuk mencapai Misi Nasional. Para guru mesti bersikap proaktif dan terangsang dengan perkembangan teknologi yang semakin canggih ini. lLmu ICT mesti terlebih dahulu dapat dikuasai oleh para pendidik sebagai golongan yang akan menyebar-luaskan kepada para pelajar. Guru juga perlu melengkapkan diri dengan kemahiran terkini bagi menyempurnakan penubuhan sekolah bestari yang berteraskan penggunaan komputer sebagai satu bentuk kurikulum wawasan negara Malaysia untuk menjadikan negara maju menjelang 2020. Namun kita kadang terlupa kepada pelajar istimewa. Penggunaan teknologi kepada pelajar istimewa dapat membantu proses pembelajaran mereka. Tambahan pula, sumbangan internet dan perkhidmatan online banyak menyalurkan maklumat yang diperlukan keluarga seperti interaksi dengan kaunselor kerani ini penting dalam memahami kehendak istimewa anak-anak mereka.


Teknologi dan inovasi memainkan peranan penting dalam pendidikan kanak-kanak. Di antaranya  menyediakan peluang dan pengalaman yang khusus supaya mereka mampu memperkembangkanbakat mereka, menyediakan masa, ruang, galakan dan konsep kendiri mengenai diri mereka, dan menyediakan medium interaksi golongan istimewa dengan kawan-kawan mereka yang pelbagai kebolehan dan keupayaan termasuk pelajar pintar.


 Meningkatkan kenal-diri. Penggunaan teknologi berkeupayaan meningkatkan keyakinan pelajar kurang upaya. Dengan pengenalan dan wujudnya pembelajaran berorentasikan komputer untuk pelajar istimewa. Dengan itu juga membuktikan bahawa penggunaan komputer dapat meningkatkan perasaan keupayaan diri. Seperti contoh untuk meningkatkan cara komunikasi mereka dengan orang lain. Mungkin dari kecil kita akan mendedahkan kepada mereka penggunaan teknologi dapat meningkatkan keupayaan motor kasar mereka dan motor halus mereka. Penggunaan teknologi dapat membantu mereka bagi mereka yang mengalami lambat dalam tumbesaran. 


Meningkatkan peluang bagi penggunaan komunikasi dan kemahiran interaksi. Melalui penggunaan audio dengan visual dapat membantu dalam mereka yang mempunyai permasalahan dalam komunikasi dengan pendengaran. Mungkin mereka boleh menggunakan alat permainan, cekara padat dan video untuk melatih mendengar dan berkomunikasi. Bagi kanak-kanak untuk perkembangan dan tumbesaran mereka lebih kepada bermain dengan permainan yang membawa kepada mereka keseronokan. Semua kanak-kanak lebih suka animasi dan kartun. Oleh itu rancangan pembelajaran didalam televisyen lebih mengaplikasikan animasi dalam proses pembelajaran. . Warna warni penggunaan teknologi membantu mereka memkembangkan minda dan pendidikan. Aktiviti seperti menyanyi, bermain, pembelajran menggunakan computer mampu membantu dalam perkembangan minda kanak-kanak.


Teknologi untuk pelajar yang mempunyai masalah dalam penggunaan bahasa. Mungkin mereka boleh mencari kawan diluar Negara. Dan mereka boleh berkongsi masalah dengan mereka dan bertukar-tukar pandangan. Mereka juga tidak merasa tersisih dan mereka tidak merasakan mereka yang mempunyai kurang upaya. Melalui teknologi mereka dapat mengaplikasi penggunaan bahasa secara betul dan bervariasi. Mereka dapat mengeja perkataan dengan betul, perlahan dan berulang kali tanpa perlu menyusahkan orang lain. Bagi guru yang hendak mengajar pelajar istimewa mereka perlu kesabaran dan mengulang pembelajaran yang sama setiap hari. Dengan penggunaan teknologi pelajar ini berupaya untuk mempelajari sesuatu perkataan dengan sendiri. tambahan pula teknologi menarik minat mereka dalam pelajaran.


Realiti maya menjanjikan kebebasan untuk pelajar (cacat keupayaan). Melalui teknologi mereka dapat mencapai ilmu pengetahuan setanding dengan orang lain. Seperti contoh dapat mempelajari benda-benda asas dalam pembelajaran. Kebaikan penggunaan media juga dalam teknologi pendidikan bagi pelajar istimewa dapat mengatasi ruang, waktu dan pancaindera  kerana bagi orang kurang upaya mereka mungkin  susah untuk capai pergi tempat belajar dengan adanya teknologi mereka dapat mengikuti kelas dengan pelajar lain yang biasa melalui skype atau teleconferences yang lain dengan guru tersebut. Selain itu juga dapat mengetahui perkembagan semasa seperti berita terkini. Melalui kemudahan yang disediakan pelajar istimewa akan dapat ilmu yang setaraf dengan orang lain.  


Telekomunikasi (aplikasi) untuk pelajar-pelajar istimewa. Contohnya orang pekak. Dapat belajar cara komunikasi melalui cakera padat, vcd dan lain-lain sumber dimana mereka boleh mengikuti cara telekomunikasi yang diajarkan. Sebagai contoh untuk belajar komunikasi bagi orang pekak dan bisu.  Teknologi juga membantu orang biasa juga boleh mempelajari melalui teknologi untuk komunikasi dengan orang kurang upaya. Melalui teknologi dapat memperjelaskan mesej yang hendak disampaikan. Selain itu, penggunaan  teknologi dalam pendidkan khas untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran itu lebih menarik kerana pelajar istimewa akan cepat merasa bosan dan distractive.


Sebenarnya golongan pelajar istimewa terdiri daripada mereka yang mengalami kecacatan fizikal yang memerlukan penggunaan perisian teknologi yang sememangnya mendatangkan pelbagai faedah kepada mereka.

8 comments:

fatihah salah huddin said...

assalamualaikum..isu yang dibincangkan ini sangat menarik kerana tidak ramai orang yang memikirkan tentang golongan kurang upaya ini.Golongan kurang upaya adalah golongan yang perlu kita jaga dan ambil berat. Mereka juga mempunyai kelebiha mereka sendiri.Jadi kita perlulah membuka ruang untuk mereka terus berjaya dalam hidup mereka dan memberi sumbangan kepada negara,

NURUL FATIHAH BT SALAH HUDDIN
A127495

Unknown said...

Salam.

Isu yg diutarakan menarik perhatian saya kerana sememangnya ramai orang yang mungkin terlupa dengan golongan OKU (Orang Kelainan Upaya) ini terutamanya dalam aplikasi teknologi dan inovasi yang semakin pesat membangun di negara kita. Teknologi yang bermanfaat adalah yang bersifat mesra pengguna termasuklah melibatkan golongan yang istimewa ini. Dengan itu, mereka lebih mudah belajar dan memahami serta dapat berkembang seiring dengan orang lain dalam usaha memajukan diri dari semasa ke semasa. Kewujudan alat atau sistem berasaskan teknologi yang istimewa untuk golongan OKU memberi kelebihan kepada mereka untuk berfungsi sebagai ahli masyarakat yang turut memberi sumbangan kepada negara.

NUR MUNIRAH BINTI OTHMAN (A127319)

Nurfadhilah said...

assalamualaikum.
isu yang saudari utarakan ini amatlah menarik. ini kerana tidak ramai orang pada zaman sekarang tertarik untuk mengetengahkan isu ini. dengan adanya bantuan teknologi kepada golongan pelajar istemewa ini, saya yakin bahawa pembelajaran antara mereka akan jadi lebih menarik dan mereka lebih tertarik untuk lebih belajar.jadi dengan bantuan ini kita dapat melahirkan generasi yang lebih maju kehadapan kerana mereka juga boleh menyumbangkan tenaga mereka dalam apa jua bidang yang mereka boleh ceburi.

Nurfadhilah Mohd Farid
A128040

Ina Mohd Aman said...

Assalamualaikum,
saya sangat bersetuju dengan entri saudari. Apabila berbicara tentang isu pendidikan, kita sering kali terlepas pandang tentang isu pendidikan kanak-kanak istimewa. Dengan adanya teknologi dan inovasi, kanak-kanak istimewa ini bukan sahaja mampu mendapat pendidikan sesuai dengan kekurangan mereka, malah potensi mereka juga boleh digilap dari pelbagai sudut. Sebagai contoh, berlakun, membaca berita bagi orang pekak dan sebagainya.

Siti Ina Shakinah
(A127478)

Anis anisya syed hassan said...

Salam
Pada pendapat saya, penggunaan teknologi bukan sahaja untuk orang normal malah ia sangat penting bagi orang kelainan upaya untuk membantu mereka dapat pembelajaran seharian mereka.Saya setuju dengan manfaat teknologi kepada kanak-kanak istimewa yang dinyatakan diatas.Penggunaan teknologi ini dapat membantu mereka dalam
pelajaran akedemik mahupun sosial seperti mereka dapat mencari rakan-rakan yang baru dengan orang senasib seperti mereka dan dapat meningkatkan daya saing mereka dengan orang lain.

SHARIFAH NOORANIS ANISYA BT SYED ABU HASSAN
A127261

Young Nurse's Generation said...

Salam.
Dari sudut perspektif saya,pengunaan teknologi sememangnya banyak membantu golongan masyarakat yang normal mahupun untuk golongan OKU.
Dengan kemajuan teknologi yang dikecapi pada masa kini, golongan OKU sudah boleh melangkah kehadapan seiring dengan golongan yang normal kerana mereka juga dapat memperolehi maklumat serta pendidikan sama seperti golongan normal.
Apa yang harus ditekankan lagi adalah ibubapa yang mempunyai anak OKU perlu memberikan peluang pengunaan teknologi kepada anak-anak mereka agar mereka tidak tercicir dalam pengetahuan dan mampu untuk berdiri seiring dengan golongan normal.
NURSUNIARYATI BTE JEPON
A127501

siti fatimah said...

assalamualaikum...
saya amat bersetuju dengan pendapat saudari. pada pandangan saya, teknologi haruslah digunakan oleh semua golongan tidak kira samada golongan kurang upaya dan lain-lain. dengan teknologi yang semakin pesat kini, adalah tidak mustahil untuk golongan kurang upaya untuk turut serta menjalani kehidupan seperti individu lain. mereka boleh menggunakan teknologi yang sedia ada untuk beerkomunikasi dengan lebih baik dan mudah difahami oleh orang lain. mereka jega mampu berdaya saing untuk memajukan diri mereka.

SITI FATIMAHNUR BINTI JOHARI
A127834

Unknown said...

Salam
satu arikel yang penuh dengan idea...terima kasih atas perkongsian..Sedikit sebanyak membantu saya dalam menghasilkan kajian yang lebih bermakna terutamananya melibatkan golongan istimewa ini

Post a Comment